Pelik!!! Kucing Ini Tak Pernah Pejam Mata Masa Tidur


SEEKOR kucing di Indonesia yang lahir dengan mata yang begitu besar sehinggakan tidak boleh menutup matanya ketika tidur menjadi viral di republik tersebut.

Kucing jantan yang bernama Herman itu juga seolah-olah mempunyai ekspresi yang selalu terkejut.

Kucing kesayangan Shirley ini berkelakuan seperti kucing biasa, meskipun matanya tidak boleh tutup. Satu-satunya petanda Herman sedang tidur adalah bunyi daripada suara dengkurannya.

“Ia terus melompat ke atas riba jika ada sesiapa yang berjumpa dengannya,” kata Shirley

Usaha pemilik tersebut yang memastikan Herman sentiasa mendapatkan khasiat nutrisi yang diperlukan menyaksikan mamalia itu sangat sihat dan lincah.

“Ia selalu kejar dari satu bilik ke bilik yang lain.”

Dengan badannya yang unik, Herman mampu menarik hati pengguna Instagram. Ramai follower yang dilaporkan suka kucing bermata besar ini sambil menyifatkan kucing itu sangat lucu.

Bagaimanapun dari segi perubatannya, kucing yang dilahirkan dengan mata besar lazimnya menderita penyakit ‘diagnosis spontaneous lens luxation‘.

Hal ini kerana kanta mata kucing kelihatan begitu besar dan antara cara untuk memulihkannya ialah dengan menjalani pembedahan. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA