Pelayar Negara Meredah Angin Bersaing Di Rio


SAINGAN pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy berakhir pada perlumbaan ketujuh, namun kembali menamatkan pada kedudukan ke-37 dalam acara lelaki Laser Standard pada Sukan Olimpik Rio di sini, pada Jumaat.

Selepas lapan perlumbaan, Khairulnizam menempatkan dirinya dalam 37 daripada 46 pelayar dengan jumlah 269 mata penalti manakala pelayar Singapura Colin Cheng muncul sebagai pelayar terbaik dari Asia pada kedudukan ke-21 dengan 173 mata penalti.

Perlumbaan kedua terakhir akan diadakan esok.

Pada Sukan Olimpik London 2012, Khairulnizam menamatkan perlumbaan pada kedudukan 47 daripada 49 pelayar.

Sementara itu, pelayar wanita pertama negara ke Sukan Olimpik, Nur Shazrin Mohd Latif masih belajar untuk menjadi antara yang terbaik di dunia apabila menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-33 daripada 37 pelayar dalam acara Laser Radial.

Nur Shazrin meraih kedudukan ke-32 dalam perlumbaan ketujuh dan meningkat kepada 27 dalam perlumbaan berikut untuk mengumpul sejumlah 249 mata penalti manakala Anne-Marie Rindom dari Denmark mengungguli perlumbaan dengan 68 mata penalti. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA