Pelawak veteran Piee meninggal dunia


GEORGETOWN: Pelakon dan pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie disahkan meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang malam tadi.

Pie, 85, dilaporkan meninggal dunia jam 9 malam tadi dan anak perempuannya, Sabariah Shafie mengesahkan bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.

Sabariah berkata, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anaknya dan jenazah akan dibawa ke surau berhampiran untuk urusan pengebumian.

“Jenazah bapa akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat ” katanya.

Pelakon veteran sebelum ini pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA