Pelakon Star Wars Meninggal Dunia


PELAKON British yang memainkan watak sebagai robot R2-D2 dalam filem sekual terkenal Star Wars dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Kenny Baker yang berketinggian 3kaki 8 inci itu mula terkenal pada tahun 1977 semasa beliau mula memainkan watak robot tersebut.

Selain daripada itu, Baker turut membuat penampilan dalam beberapa filem lain sekitar tahun 1980 an iaitu The Elephant Man, Time Bandits dan Flash Gordon.

Anak saudaranya, Abigail Shield memaklumkan kepada The Guardian bahawa pemergian Baker telah dijangka namun ia tetap amat menyedihkan.

“Beliau mempunyai kehidupan yang sangat panjang dan membawa banyak kebahagiaan kepada masyarakat.

“Semua pihak mengakui bahawa dia sememangnya digemari di seluruh dunia dan kami semua sangat berbangga dengan pencapaiannya,” kata Shield.

Baker dan bapa Shield, Ian membesar bersama-sama di Birmingham.

Shield berkata, Baker bertemu dengan isterinya, Eileen selepas penampilan dalam satu rancangan televisyen.

“Mereka berkahwin tidak lama kemudian namun malangnya Eileen meninggal dunia akibat penyakit sawan kira-kira 20 tahun lalu,” katanya.

Shield berkata, Baker mempunyai masalah paru-paru dan seringkali menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Beliau telah diminta untuk ke Los Angelas bagi tyangan perdana Star Wars namun dia sangat tenat untuk mengharungi perjalanan jauh,” katanya.- The Guardian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA