PDRM Anjur Majlis High Tea Bersama Media Sarawak


KUCHING: Sekitar 50 orang pengamal media hadir pada Majlis “High Tea” Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Media 2016 di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Jalan Badruddin, sebentar tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata tujuaan majlis tersebut adalah bagi mewujudkan hubungan siraturahim antara pihak polis dan pengamal media.

“Media merupakan salah satu saluran yang boleh memberi bantuan kepada kita agar masyarakat tidak terjebat dalam aktiviti yang boleh terpengaruh dengan apa sahaja di dalam alam maya,” ujarnya ringkas ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau turut menyeru agar pengamal media dapat memaparkan lebih lagi kejayaan PDRM dalam menangani kes jenayah.

Terdahulu majlis tersebut telah di anjurkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti (JPJKK). – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA