Pastikan Tiada Penjajahan Moden Di Malaysia - PM

Foto Berita Harian

MELAKA: Rakyat perlu memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia kerana mereka berperanan dalam menentukan hala tuju dan menjaga kedaulatan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata sekiranya negara dijajah dalam bentuk moden, segala martabat, maruah serta kedaulatan negara akan hilang dan tidak boleh diperoleh kembali.

"(Dalam) sejarah (Melaka), Bendahara Tun Perak setia kepada empat raja.Melaka terkenal sebagai Venice of the East (Venice di Timur) kerana kesetiaan tetapi bila percaya kepada hasutan, bagi maklumat kepada Portugis, hancur Melaka...ini pengajaran dari sejarah kita.

"(Oleh itu), jaga kedaulatan, ini kedulatan negara kita, itu adalah hak kita. Kepimpinan negara, kita yang tentukan bukan orang lain yang tentukan," katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil. - BERNAMA



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA