Parti Baru Mahathir Ciplak Idea Perkasa

KEGAGALAN bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak setahun yang lalu telah memaksa beliau menubuhkan parti yang baru.

Hari ini, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mendaftar parti politik baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beberapa pihak berpendapat bahawa parti Mahathir ini seolah-olah menciplak idea PERKASA. Malahan mereka sempat berseloroh yang nama parti tersebut amat tidak kena memandangkan Kadir Jasin dikatakan Siam, Mahathir dikatakan India, Muhyiddin pula dikatakan Jawa. Hanya Shafie Apdal yang layak dengan nama pribumi.

Selain daripada itu, desas desus mempersoalkan kenapa mereka yang dilihat mendabik dada dengan angkuh kononnya “pemimpin bijak pandai” boleh terjerumus ke dalam perangkap DAP dan PKR?

Sebelum ini Ibrahim Ali ada berkata bahawa PERKASA mungkin akan menubuhkan parti. Berdasarkan kepada nama parti mahathir yang menggunakan perkatan pribumi, tak mustahil ia adalah jelmaan PERKASA meskipun Ibrahim Ali bukan presiden parti baru tersebut.

Kita amat maklum yang PERKASA tidak disukai oleh golongan bukan Melayu di negara ini kerana dikatakan rasis. Oleh yang demikian, tidak mungkin orang bukan Melayu akan memberi undi kepada parti Mahathir.

Sasaran utama keahlian parti baharu Mahathir ini adalah ahli Perkasa. Muhyiddin dikatakan akan tampil sendiri mendaftar parti itu di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya petang ini.

Beliau telah dipecat sebagai timbalan presiden parti manakala naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keanggotaan, yang kemudian menyebabkan beliau meletakkan jawatan.

Muhyddin dijangka menjadi presidennya manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula akan dilantik sebagai pengerusi.

- PRU14.tv

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA