Paralimpiad XVIII Dirasmi Dengan Meriah



KUCHING: Perasmian Sukan Paralimpiad ke-18 (Paralimpiad XVIII) Sarawak 2016 Malaysia hari ini berlangsung meriah dengan pelbagai acara dan pertunjukan menarik.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas merasmikan majlis tersebut di Stadium Perpaduan di sini sebentar tadi.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan di kalangan penari pelajar sekolah pendidikan khas dan kolej sekitar Kuching.

Lebih 6000 orang penduduk Sarawak memenuhi Stadium Perpaduan Sarawak pada majlis yang turut dihadiri Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia Tun Jeanne Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi Abdul Ghani  dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia SM Nasarudin SM Nasimuddin .

Seramai 1,047 atlet dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-XVIII Sarawak 2016 yang berlangsung bermula 6 hingga 10 Ogos 2016. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA