Pantau Lesen Perniagaan Agar Tidak Disalahguna


KUCHING: Pemantauan lebih serius perlu dijalankan untuk memastikan pengeluaran lesen perniagaan oleh majlis daerah tidak disalah guna, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol.

Beliau tidak menolak kemungkin ada berlaku lesen perniagaan yang dikeluarkan digunakan untuk membuka pusat perjudian haram atau perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Perlu ada pemantauan serius terhadap pengeluaran lesen agar tidak disalah guna terutama untuk membuka perniagaan bertentangan undang-undang seperti perjudian haram," katanya,

Beliau memuji inisiatif Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha untuk mengemaskini data pendaftaran syarikat dan pertukaran maklumat..

Bagaimanapun beliau melahirkan kerisauan dalam soal pengeluaran lesen perniagaan yang mungkin disalah guna untuk menjalankan perniagaan bertentang dengan undang-undang seperti perjuan haram.

Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan SSM sebagai usaha untuk perkongsian kepakaran dan latihan, penyelidikan serta penggunaan kemudahan dan fasiliti. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA