‘Palestin tak pernah ada dalam Google Maps’



PALESTIN: Google menafikan dakwaan sengaja memadamkan label Palestin itu sebaliknya memberitahu label tersebut memang tidak pernah wujud dalam pemetaan di Google Maps.

Namun, Google dalam satu kenyataan semalam memberitahu berlaku kesilapan yang membuatkan label ‘Tebing Barat’ dan ‘Gaza’ hilang dari Google Maps.

“Tidak pernah ada label bernama 'Palestine' dalam Google Maps. Namun, kami telah mengesan pepijat (dalam Google Maps) yang membuang label 'Tebing Barat' dan '’Gaza'.

"Kami sedang berusaha secepat mungkin untuk mengembalikan label tersebut di kawasan berkenaan," katanya.

Sebelum ini , isu nama Palestin yang didakwa hilang daripada aplikasi peta Google Maps telah mencetuskan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah daripada masyarakat dunia yang mengakui kewujudan negara tersebut.

Kemarahan tersebut turut disuarakan melalui #PalestineIsHere’ yang menjadi ‘trending’ di media sosial.- SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA