'Pak Tambang' Hilang Ditemui Selamat



KOTA SAMARAHAN: 'Pak Tambang' berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Empila dijumpai selamat di Sungai Tambey sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Operasi pencarian mangsa bermula sekitar jam 9.10 pagi melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan bantuan daripada orang awam.

Menurut anak mangsa, Awang Mohamad, bapanya memberitahu untuk balik ke kampung ada jam 6 petang Rabu lepas dan dijangka tiba jam 7 pagi Khamis.

Namun pada masa tersebut mangsa masih tidak sampai ke rumah dan anaknya kemudian menghubungi JPAM untuk bantuan mencari bapanya.

Mangsa yang dalam keadaan lemah dibawa balik ke rumahnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA