Olimpik: Wayde Van Niekerk Pecah Rekod 400m

Foto EPA

RIO DE JANEIRO: Atlet Afrika Selatan, Wayde Van Niekerk memecahkan rekod 400m yang sekian lama milik Michael Johnson selepas dia meraih emas Olimpik, sebentar tadi.

Van Niekerk, berlari di lorong kelapan, memecut di selekoh terakhir untuk mencatat masa 43.03s, 0.15s lebih pantas daripada catatan terbaik dunia yang dilakukan Johnson di Seville pada tahun 1999.

"Saya percaya saya boleh memecahkan rekod dunia," kata atlet Afrika Selatan berusia 24 tahun itu.Saya mengimpikan pingat ini setiap masa." 

Juara bertahan, Kirani James dari Grenada meraih pingat perak dengan masa 43.76s manakala atlet Amerika Syarikat, Lashawn Merritt memenangi gangsa (43.85).

"Tahniah kepada Wayde kerana mencipta rekod dunia yang baharu. Saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada perlumbaan yang bersejarah," kata James.

"Biasanya itulah yang berlaku, pelumba memperlahankan sedikit! Tetapi apabila anda terus kekal seperti itu, anda akan mencipta rekod dunia.

"Ia menunjukkan sentiasa ada ruang untuk pelumba bertambah baik. Dia hanya melakukannya dan ia patut dicontohi." - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA