Olimpik: Pelumba Basikal Belanda Parah Terbabas


JIKA semalam ahli gimnas lelaki Perancis, Samir Ait Said patah kaki kiri dalam kejohanan Sukan Olimpik Rio, hari ini nasib malang pula menimpa pelumba basikal wanita Belanda, Annemiek van Vleuten.

Annemiek yang sedang mendahului perlumbaan berbasikal di Copacabana tersasar di satu selekoh sehingga menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Akibat insiden itu, Annemiek dipercayai tidak sedarkan diri buat seketika.

Pengurus pasukan lumba basikal negara itu, Johan Lammerts berkata, Annemiek hanya tersedar sebaik dirinya diangkat mengunakan pengusung oleh pasukan paramedik.

Annemiek; 34, mengalami tiga kecederaan patah tulang belakang dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi.

Dalam perlumbaan itu, ia dimenangi rakan sepasukan Annemiek, Anna van der Breggen, tempat kedua diraih pelumba Sweden, Emma Johansson dan ketiga, Elisa Longo Borghini dari Itali. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA