Olimpik: 1.2 Juta Tiket Masih Belum Terjual


RIO DE JANEIRO: Tiket bagi menyaksikan Usain Bolt mencipta sejarah pada aksi final 100 meter Olimpik antara lebih satu juta yang masih belum terjual, kata jurucakap penganjur Olimpik Rio 2016, awal pagi tadi.

Dengan berbaki sehari sebelum majlis pembukaannya berlangsung awal pagi Sabtu ini, tiket masih boleh dibeli untuk final 100m dan 200m yang mana bintang sensasi Jamaica, Bolt dalam usaha mencipta sejarah memenangi kedua-dua acara berkenaan selain 4x100m buat kali ketiga berturut-turut.

Situasi itu cukup berbeza berbanding Olimpik London 2012 di mana tiket untuk acara popular habis dijual beberapa bulan sebelum acara bermula.

Sebanyak 1.2 juta tiket - lebih kurang 20 peratus daripada jumlah keseluruhan - masih boleh dibeli di Brazil.

"Kami sudah menjual 4.9 juta tiket iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan," kata jurucakap penganjur Olimpik Rio 2016 kepada AFP.

Tempat duduk mahal adalah yang paling sukar untuk dijual bagi temasya Olimpik yang kali pertama diadakan di benua Amerika Selatan. Bagaimanapun, tiket murah bagi menyaksikan Bolt sudah habis dijual tetapi peminat boleh mendapatkan di saat akhir dengan harga AS$115 (RM464) hingga AS$370 (RM1,496). - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA