Nenek Meninggal Ketika Tonton Cucu Menang Pingat


THAILAND: Seorang warga emas meninggal dunia ketika bersorak untuk cucunya yang memenangi pingat perak dalam sebuah acara di Sukan Olimpik di Rio, Brazil pada Ahad.

Laporan Metro UK mengatakan Subin Khongthap, 82 maut ketika menonton acara tersebut di televisyen di sebuah kampung pendalaman.

Ketika itu, cucunya Sinphet Kruithong sedang bersaingan dalam acara angkat berat kategori 56kg di Rio, Brazil.

Sebuah video yang merakamkan kejadian tersebut menunjukkan ahli keluarga cuba memberikan rawatan kecemasan kepada Subin.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital Chumphon Buri dan diisytiharkan meninggal dunia.

Dalam acara berkenaan, Sinphet Kruithong memenangi pingat perak untuk Thailand. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA