Negara Islam Perlu Tentang Daesh - PM Najib


JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan negara Islam perlu memainkan peranan untuk mengecam Daesh, kumpulan pengganas yang merosakkan agama dengan bertopengkan dakwaan sebagai Kumpulan Negara Islam (IS).

Ini kerana kata Najib, tiada langsung prinsip Islam dalam kumpulan itu yang sering bertindak ganas, kejam dan melampau.

"Kita mesti tentang pembohongan mereka dengan Islam sebenar. Kita mesti tentang dengan segala kekuatan yang kita ada terhadap usaha mereka merekrut golongan muda atau mengambil kesempatan daripada mereka yang terdesak dan hilang panduan hidup.

"Kita juga mesti ada perundangan bersesuaian bagi membolehkan pihak keselamatan dan polis mengambil langkah yang bersesuaian untuk menghentikan serangan sebelum ia terjadi dan menangani mereka yang mahu menyebarkan ketakutan dan kacau bilau di tanah air kita.

"Malaysia teguh dengan pendiriannya menentang Daesh dan sekutunya, di dalam dan luar negara. Itulah sebabnya kami menubuhkan Regional Digital Counter-Messaging Communications Centre di Kuala Lumpur," katanya.

Perdana Menteri berkata, pusat itu akan mula beroperasi tidak lama lagi dan Malaysia sedia berkongsi kepakarannya mencegah radikalisasi dan dalam usaha meradikalisasi lelaki dan wanita yang terpedaya dengan kumpulan itu yang kejam dan langsung tidak Islamik.

"Kami akan bersungguh-sungguh dalam perjuangan ini kerana ia membabitkan kita semua," katanya. - KLXpress

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA