NBOS ubah cara penyampaian perkhidmatan negara - PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kebanyakan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjaya mengubah cara penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mendadak.

Perdana Menteri berkata, satu contoh paling ketara adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), pusat sehenti di bandar di seluruh negara yang memberikan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Katanya, UTC kini terbukti popular dengan 35.3 juta pengunjung dicatatkan antara Jun 2012 hingga Julai 2016.

"Ada banyak lagi kejayaan melalui strategi NBOS, yang mana hasilnya berimpak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang cepat dan pesat serta membabitkan semua rakyat.

"NBOS juga menyokong dan mengalakkan penggunaan inovasi dan cara berfikir yang baharu dan kemahiran tinggi yang Malaysia perlukan untuk maju dan terus mapan," katanya pada ucaptama Persidangan Antarabangsa NBOS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Najib berkata, transformasi untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi bukan hanya meningkatkan Keluaran Negara Kasar (GDP), tetapi menyasarkan untuk memperkasakan semua pihak bagi membina masa depan yang mapan dan berdaya tahan.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA