Nasihat Jurulatih Jadi Azimat Kejayaan Hafiz


Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 Khairul Hafiz Jantan, 18 menyifatkan setiap kata-kata dan tunjuk ajar jurulatih adalah salah satu azimat dalam menentukan perancangan terbaik dalam kejayaan diukirnya.

Hafiz berjaya memecah rekod 18 tahun milik Watson Nyambek yang dicatat pada Sukan Pra-Komanwel 1998 dalam acara 100m dan turut mencipta tiga rekod kejohanan lain dalam acara 200 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter.

Hafiz yang ditemui pemberita selepas pengumuman itu berkata beliau masih terkejut dan tidak menyangka menerima anugerah berkenaan lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama menyertai sukan dwi tahunan berkenaan.

“Pada mulanya saya memang berazam memecah rekod SUKMA pada kali ini namun saya tidak menyangka akan mencapai tahap sepantas ini sebab bukan senang hendak mencatat masa ini,” katanya.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA