Najib Ucap Takziah Atas Kematian Nathan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan, yang meninggal dunia, malam tadi.

"Takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan dan rakyat Singapura," katanya dalam akaun Twitter beliau, hari ini. Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 9.48 malam tadi.

Pada 31 Julai lalu , pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan Nathan mengalami angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Nathan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada tahun 1988, adalah presiden paling lama berkhidmat di Singapura iaitu selama dua penggal pada 1999 hingga 2011.

Secara rasmi, beliau meletak jawatan sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan digantikan oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA