Najib Ucap Tahniah Kepada Pasangan Terjun Seirama


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada pasangan terjun seirama negara, Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong atas kejayaan meraih pingat pertama negara pada temasya Sukan Olimpik di Rio, pagi tadi.

"Pingat pertama negara! Bangga dengan kejayaan @Pandalela_R & Cheong Jun Hoong! Tahniah! #Rio2016 #MAS # Olympics," kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter @NajibRazak sebentar tadi.

Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Len. Gandingan itu mengumpul 344.34 mata dalam lima terjunan.

Emas acara itu dimenangi pasangan China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia yang mengumpul 354 mata. Tempat ketiga pula diraih gandingan Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA