Najib Tanda Tangani Buku Takziah

Foto Berita Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menandatangani buku takziah mendiang bekas Presiden Singapura, RS Nathan, di Suruhanjaya Tinggi Singapura 209, Jalan Tun Razak, di sini.

Turut mengiringi Perdana Menteri pada majlis ringkas itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon. Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 9.48 malam, 22 Ogos lalu.

Pada 31 Julai lalu, pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan Nathan diserang angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Nathan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada tahun 1988, adalah presiden paling lama berkhidmat di Singapura iaitu selama dua penggal pada 1999 hingga 2011.

Beliau meletak jawatan sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan digantikan oleh Tony Tan Keng Yam sehingga kini. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA