Najib Sifatkan 'Pemimpin Lama' Seorang Yang Ego


Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan 'pemimpin lama' adalah seorang yang ego kerana sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap beliau dan pentadbiran beliau selama ini.

"Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, 'beliau' sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan 'beliau' berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan,"

"Adakah 'beliau' tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?," demikian menurut Najib dalam blognya, NajibRazak.com, hari ini.

Walaubagaimanapun, beliau tidak merujuk secara langsung siapa 'pemimpin lama' yang beliau maksudkan namun kenyataan tersebut pastinya ditujukan kepada sesiapa yang berniat untuk menjatuhkan beliau.

Tambah Najib lagi, walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan.

"Negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak," katanya sambil menambah apa yang dilaluinya selama ini tiada beza dengan 'pemimpin lama' itu.

"Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya."

"Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain,"

Beliau turut menyelar tindakan 'pemimpim lama' tersebut kerana sanggup bersekongkol dengan parti-parti lain dan menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara.

"Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu,"

"Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini,"

"Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada,"

Tegas Najib, beliau akan tetap meneruskan perjuangannya demi untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat dan nilai hidup melalui parti yang beliau gerakkan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA