Najib Doa Hsien Loong Cepat Sembuh


SINGAPURA - "Saya mendapat berita saudara kurang sihat. Saya berharap saudara tidak apa-apa. Semoga segera pulih," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melalui akaun Twitter lewat malam tadi.

"Terima kasih atas doa saudara. Doktor beritahu saya, saya OK," jawab Hsien Long‎ sekitar jam 2 pagi.

Hsien Loong tiba-tiba kurang sihat semasa berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan negara ini kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Hsein Loong, 64, dijadual menamatkan ucapannya dalam Bahasa Inggeris pada pukul 10 malam selepas menyampaikan ucapan dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada jam 6.45 petang.

Hsein Loong dapat menyambung ucapannya selepas berehat hampir satu jam dan menamatkannya kira-kira 15 minit kemudian. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA