Moratorium Sarawak Inisiatif Selesaikan Masalah PETRONAS


Isu berkenaan moratorium permit pekerja luar  terhadap Petronas semakin hangat diperkatakan netizen sehingga ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan suasana lebih tegang bagi mengelirukan pemikiran rakyat.

Langkah Kerajaan Sarawak mengenakan moratorium permit pekerja luar yang berkaitan PETRONAS adalah satu langkah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam PETRONAS. Kenyataan sedemikian telah dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bahawa tindakan tersebut untuk menggalakkan PETRONAS tampil berbincang tentang perbehentian pekerja syarikat berkenaan yang terdiri daripada warga Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melakukan tindakan serta merta moratorium permit bagi menampilkan Strategi Sarawak untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul dan mengambil pendekatan penyelesaian bersama serta lebih ke hadapan dalam isu tersebut.

Untuk lebih difahami, Uggah menjelaskan bahawa moratorium tersebut hanya pembekuan permit sahaja memandangkan isu tersebut telah menjadi isu hangat dan strategi sedemikian adalah untuk mengambil langkah yang lebih efisyen bagi menyelesaikan masalah lebih-lebih lagi ia melibatkan pemberhentian pekerja dari Sarawak.

Tindakan tersebut juga adalah langkah yang Kerajaan Negeri Sarawak ambil dan mahukan pihak PETRONAS menjelaskan sebab musabab pekerja dari Sarawak diberhentikan walaupun PETRONAS telah umumkan kepada media bahawa tindakan tersebut bagi mengurangkan kos yang membebankan operasi PETRONAS pada hari ini namun pihak Kerajaan Sarawak masih menunggu PETRONAS untuk berbincang.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA