MNST nafi terima permohonan daripada Azizulhasni

KUALA TERENGGANU - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) hari ini menafikan menerima permohonan bantuan basikal daripada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang sebagai persediaannya menghadapi Sukan Olimpik Rio 2015 di Brazil.

Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu berkata, sepanjang pengetahuannya, beliau tidak pernah menerima surat permohonan daripada Azizul malah langsung tidak mengetahui mengenai permohonan itu.

"Saya tidak pasti dan setakat ini saya tidak tengok lagi surat permohonan itu. Nantilah saya dapatkan maklumat dahulu mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada atlet Sukma Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Azizul yang mengatakan Ahmad Razif tidak membantu membelikan basikal roadbike untuk beliau dan seorang lagi atlet berbasikal, Fatihah Mustafa sebagai persediaan ke Olimpik Rio menerusi laman Facebook Jojo Knoxville sejurus beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin, kelmarin.

Ahmad Razif pula dalam kenyataan balasnya semalam mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) menyiasat dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Ibni Amin berkata kerajaan negeri telah menyampaikan insentif sebanyak RM5,000 kepada Azizulhasni yang diambil oleh ibunya kerana berjaya mewakili negara dalam acara sukan berbasikal di temasya Olimpik Rio. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA