Misi Hidup Mati Sarawak, Perlu Menang Lawan Selangor


KUCHING: Sarawak tidak lagi boleh tercicir mata dalam saingan Liga Super 2016 sekiranya mahu terus kekal pada musim depan.

Perlawanan menentang Selangor di Stadium Negeri malam ini merupakan misi penting meraih tiga mata bagi membolehkan Sarawak berada pada kedudukan lebih selesa.

Sehubungan itu, ketua jurulatih Sarawak, David Usop menuntut komitmen penuh dan tidak leka anak buahnya dalam melayani kunjungan Selangor.

"Menang malam ini bukan sahaja untuk mengumpul tiga mata tetapi untuk keluar daripada zon penyingkiran," katanya.

Pada masa sama David yakin kesebelasan utama yang diturunkan dapat mempamerkan aksi diharapkan untuk meraih kemenangan.

"Pemain tidak boleh leka malam ini dan perlu menunjukkan kebangkitan," ujarnya.

Gandingan penyerang import Gilmar dan Makeche Ndumba ditagih untuk merobek gawang lawan.

Selepas pertembungan dengan Selangor malam ini, Liga Super 2016 hanya berbaki tiga perlawanan. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA