MH370: Kotak Hitam, Serpihan Pesawat Tentukan Punca Tragedi


PUTRAJAYA: Punca dan bukti tragedi MH370 hanya boleh ditentukan selepas penemuan kotak hitam atau serpihan utama pesawat itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata bukti tragedi itu tidak boleh bergantung kepada penemuan barangan yang didakwa ada kaitan dengan pesawat kerana ada sebahagiannya yang tidak ada kaitan selepas pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pasukan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Peringkat Kebangsaa di sini, hari ini. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA