Sukan Olimpik: Najib Puji Semangat Jing Yi


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memuji pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi atas semangat juang beliau sepanjang perlawanan menentang Akane Yamagughi dari Jepun, di Sukan Olimpik Rio 2016, Ahad.

"Beliau tidak berputus asa. Semangat juang beginilah yang patut mendapat pujian, tepukan sanjungan yang gemuruh, dari kami penyokong anda. #TeamMalaysia#Rio2016," kata Najib dalam laman rasmi Twitter beliau.

Jing Yi menamatkan kempen Olimpiknya selepas tewas 18-21, 5-21 kepada Yamaguchi dalam perlawanan awal kumpulan di Pavilion Riocentro 4 di Rio de Janeiro.-Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA