Mayat Kanak-kanak Dipercayai Mangsa Culik Ditemui

Foto : BH


KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian.

Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini. - Bh

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA