Maut Terkena Tali Layang-layang


INDIA: Polis memaklumkan seramai tiga orang mangsa dilaporkan maut setelah terkena tali layang-layang yang diperbuat daripada serbuk kaca dan bahan tajam.

Memetik laporan CNN, mangsa pertama merupakan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun manakala seorang lagi mangsa melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun selepas lehernya dicekik oleh tali layang-layang tajam itu ketika sedang melihat pemandangan melalui luar tingkap bumbung kereta.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis West Delhi, Pushpendra Kumar memaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 22 tahun turut mengalami nasib sama apabila lehernya terkena tali tajam ketika sedang menunggang motosikal.

Ketiga-tiga mangsa maut akibat daripada terjerut tali layang-layang tajam dan merbahaya itu yang turut dikenali sebagai Manja.

Timbalan Ketua Menteri Delhi, Manish Sisodia melalui tweet nya sebelum ini memaklumkan bahawa Manja Cina dan tali layang-layang lain yang diperbuat daripada kaca serta bahan tajam adalah merbahaya.

Pegawai Perhubungan Kerajaan bagi People for the Ethical Treatment of Animals, Nikunja Sharma, memaklumkan bahawa pihaknya menyokong larangan tersebut memandangkan Manja turut mengancam keselamatan haiwan.

Menurut Sharma, sebuah hospital burung di Old Delhi telah merawat kira-kira 500 haiwan berkenaan dalam tempoh beberapa hari lalu berikutan daripada tali layang-layang tersebut. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA