Masalah Banjir Penduduk Kampung Lintang Selesai


KUCHING: Masalah banjir yang sering membelenggu penduduk Kampung Lintang bakal berakhir dengan rancangan pembinaan sistem perparitan sistematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, buat masa ini rancangan pembinaan itu masih diperingkat survei Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).

Menurutnya, rekaan dan kos pembinaan sistem perparitan hanya akan diketahui selepas survei dijalankan.

"Sebelum ini lebih daripada 20 buah rumah terjejas banjir disebabkan tiada parit di kawasan ini.

"Proojek ini dilaksanakan di bawah Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) dan mungkin dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selepas survei dijalankan DID selesai," katanya ketika meninjau lokasi untuk pembinaan sistem perparitan di Kampung Lintang hari ini.

Tinjauan hari ini turut disertai Pejabat Residen, DBKU dan DID.

Hasidah yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga berkata, pelaksanaan pembinaan sistem perparitan itu nanti merupakan janji pilihan raya negeri lepas yang ditunaikan.

"Kita memerlukan sokongan daripada semua agensi terbabit untuk memastikan kalau kita hendak bina parit perlu ada struktur dan pelan yang baik," ujarnya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA