Mas Khan Tak Kisah Digelar Anak Manja Skop Production


PELAKON Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan, 22, mengakui tidak kisah apabila segelintir pihak melabelnya sebagai anak emas produksi milik Datuk Yusuf Haslam, Skop Production.

Mas berkata tanggapan itu mungkin dibuat kerana dirinya sering berlakon di bawah drama terbitan syarikat terbabit termasuk drama bersiri popular Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

“Mungkin perkara itu timbul kerana saya sering bersama Skop Production dan saya tidak menolak kerana bukan semua pelakon mendapat peluang itu,” katanya kepada mStar Online.

Walaupun tercalon dalam kategori Pelakon Baharu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), Mas berkata dia tidak terikat dan tidak terbatas menerima mana-mana tawaran dari produksi lain.

Tambahnya, Datuk Yusuf Haslam banyak memberikan sokongan dan sentiasa membantu bagi memastikan karier lakonannya berkembang. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA