Mangsa Lemas Di Beladin Ditemui


BELADIN: Mayat mangsa yang dipercayai lemas ketika menangkap ikan semalam telah ditemui penduduk kampung di sini pada jam 5 petang tadi.

Mayat Seman Junit 53, yang dilaporkan hilang semalam ditemui terapung oleh penduduk kampung di tengah muara Saribas antara Tanjung Spinang dan Lubok Sablor.

Mangsa merupakan seorang kelainan upaya dilaporkan hilang di sungai ketika sedang menangkap ikan kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat turut disertai penduduk kampung sebaik sahaja kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut sumber, kejadian tersebut disedari berlaku ketika ribut di kawasan itu malam tadi . - Sarawakiana

Kredit: Zakaria Mos, Rakan Sarawakiana

4 comments:

  1. pembetulan.bkn junit sema,tapi seman bin junit 😃

    ReplyDelete
  2. pembetulan.bkn junit seman tapi seman bin junit 😃

    ReplyDelete
  3. pembetulan.bkn junit sema,tapi seman bin junit 😃

    ReplyDelete
  4. betoi la yo seman junit 53

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA