• Malaysia Menang Pingat Pertama Di Rio

    Published: Wednesday, 10 August 2016
    A- A+

    Malaysia merangkul pingat pertama dalam Sukan Olimpik Rio apabila gandingan penerjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menang pingat perak di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini, semalam.

    Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

    Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Menang Pingat Pertama Di Rio "