Malaysia, Indonesia Rakan Terpenting Bagi Singapura


SINGAPURA: Malaysia dan Indonesia merupakan dua rakan terpenting bagi Singapura, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

"Kami bekerja keras untuk membina hubungan kami, tetapi hubungan ini adalah sensitif lagi kompleks," katanya ketika berucap dalam Bahasa Inggeris sempena Rapat Hari Kebangsaan 2016 di ITE College Central di sini, semalam

"Akan ada perbezaan dari semasa ke semasa, kerana sikap mendalam mereka terhadap kita, tetapi hari ini, secara keseluruhana, hubungan dengan kedua-dua negara adalah baik," kata beliau.

Terdahulu, Hsien Loong menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin.

Menurut Hsien Loong, bulan lepas, beliau berada di Putrajaya, Malaysia untuk menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi antara Singapura dan Malaysia.

"PM Najib meraikan kami pada majlis makan tengah hari. Durian yang dihidangkan lazat sekali tetapi Kereta Api Berkelajuan Tinggi adalah lebih baik lagi!," katanya ketika skrin besar di belakangnya menunjukkan gambar beliau bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hsien Loong berkata, Malaysia dan Singapura telah menyelesaikan Perkara Perjanjian (POA) mengenai Tanah Kereta Api.

"Selama 20 tahun, kedua-dua negara telah mencuba dan berjaya," kata beliau dan menerima tepukan daripada para hadirin.

- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA