Malaysia Bukan Lagi Negara Berpendapatan Sederhana - PEMANDU


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi terperangkap dalam negara berpendapatan pertengahan berdasarkan pertumbuhan kukuh pendapatan negara kasar (PNK) yang dicatatkan beberapa tahun ini serta kemajuan dalam kedudukan defisit.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, berkata pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh kerajaan berjaya mengurangkan jurang PNK per kapita mengikut standard Bank Dunia kepada 15 peratus pada tahun lalu berbanding 33 peratus pada 2010.

Beliau berkata, defisit negara juga berkurangan kepada 3.2 peratus pada tahun lalu berbanding 6.6 peratus pada 2009.

"Kita tidak lagi terperangkap dalam pendapatan pertengahan," katanya pada persidangan meja bulat mengenai kerjasama awam swasta yang dianjurkan oleh Brickfields Asia College di sini, hari ini. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA