Mahathir Mengaku Parti Baharu Ciptaannya Amal Dasar Perkauman


Ramai yang tersenyum sinis dengan kenyataan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tun Dr Mahathir Mohamad apabila terpaksa mengaku dasar parti baharu yang ditubuhkannya itu bersikap perkauman.

Mahathir melalui satu kenyataan berkata tindakan itu dilakukan bagi menarik pengundi miskin terutamanya di kawasan luar bandar untuk menyokongnya.

Bekas perdana menteri itu turut menjelaskan masyarakat luar bandar sudah biasa pendekatan yang memberi fokus kepada satu kaum didalam parti.

"Masyarakat bandar yang maju dan berpendidikan tinggi mungkin percaya politik perkauman sudah ketinggalan zaman, tetapi diperingkat akar umbi berlainan.

"Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya miskin, kaum bukan sahaja penting tetapi mereka percaya perjuangan berdasarkan perkauman penting bagi kesejahteraan dan keselesaan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan penduduk bandar yang ketinggalan zaman," katanya memetik laporan sebuah portal.

Mahathir turut menegaskan Pribumi akan membuka keahlian kepada seluruh masyarakat Bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya lagi, Pribumi juga bersedia menyerap masuk masyarakat bukan-Bumiputra menyertai parti sebagai ahli bersekutu.

Sementara itu menurut Mahathir lagi penubuhan parti itu disebabkan kegagalan Umno menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Hanya parti baru sahaja boleh megembalikan kegemilangan lampau negara. Parti baru ini akan menumpukan perhatian kepada mengubah pemikiran rakyat Malaysia.

"Kita (Pribumi) telah mencapai kemajuan. Orang-orang kami lebih terpelajar dan lebih hebat dari segenap sudut. Persepsi dan aspirasi mereka juga sudah berubah," katanya lagi

1 comment:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA