Luahan Suka Duka Jaguh Berbasikal Negara Azizulhasni




TANGGAL 17 Ogos 2016, menjadi hari paling bermakna dan bersejarah buat pelumba basikal elit negara iaitu Azizulhasni Awang kerana berjaya menyumbang pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro.

Azizul atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Pocket Rocket Man’ itu melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik..

Kejayaan yang dilakar oleh Azizul ternyata satu kepuasan buat dirinya dan menjadi kebangsaan rakyat Malaysia seluruhnya.

Azizul melalui satu posting di laman Facebooknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan rakyat Malaysia yang tidak jemu-jemu menyokongnya.

Dalam pada itu, Azizul turut memohon maaf kepada mana-mana indidvidu yang tidak dapat dinyatakan namanya dan berharap semua pihak mengetahui bahawa kejayaan yang dikecapinya itu adalah atas semangat dan dorongan yang diberikan sepanjang berkecimpung dalam arena tersebut. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA