LPG Kurang Bukan Diseludup Tetapi Permintaan Tinggi


KUCHING: Kekurangan gas petroleum cecair (LPG) di negeri ini bukan disebabkan penyeludupan bahan api itu ke negara jiran sebaliknya permintaan semakin tinggi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong.

Beliau berkata, LPG dibekalkan berasaskan peruntukan yang ditetapkan manakala permintaan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

"Apa yang sebenarnya dibekal (LPG) tidak memenuhi kehendak namun ia berdasarkan peruntukan. Ia agak terhad dan keperluan sekarang semakin meningkat," katanya.

Henry menggesa orang ramai yang mempunyai laporan mengenai sebarang penyeludupan tong gas LPG atau kenaikan harga barang untuk segera menghubungi pejabat KPDNKK terdekat.

"Di Sarawak kita pantau harga barang setiap hari walaupun bilangan pegawai penguatkuasa kurang," ujarnya.

Memang tidak dinafikan katanya, bilangan pegawai penguatkuasa PPDNKK di negeri ini terhad namun ia tidak menghalang operasi pemantauan dijalankan. -Sarawakiana.



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA