Lima ADUN Diterima Sertai PBB - Adenan


KUCHING: Lima dari sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanding atas tiket calon langsung Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 Mei lalu diterima masuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera (PBB).

Perkembangan itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada sidang media di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Lima pemimpin tersebut ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, ADUN Mulu Dato Gerawat Jala, ADUN Serembu Miro Simuh, ADUN Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Manakala empat lagi ADUN yang turut memohon menyertai PBB dan tiga daripadanya iaitu DUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil, ADUN Opar Ranum Mina dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong telah menyertai Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Sementara itu, permohonan ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, masih dalam pertimbangan. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA