LHDN Larang Pokemon Go Di Semua Premisnya



PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melarang aplikasi permainan Pokemon Go di semua premisnya, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan di sini, LHDN memaklumkan ketetapan ini diambil berikutan aplikasi permainan ini boleh mendedahkan premis LHDN dengan isu keselamatan termasuk keselamatan data dan maklumat.

"Larangan ini berkuat kuasa serta-merta kepada semua pegawai LHDN dan orang ramai yang berurusan di premis LHDN," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai larangan ini, boleh berhubung terus dengan Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-885436 atau usulkan sebarang pertanyaan melalui borang maklum balas LHDNM di pautan berikut: http://maklumbalas.hasil.gov.my/- Mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA