Lembu Punca Perang Dunia Ketiga


Ahmedabad – Seorang bekas sami yang kini menjadi pegawai kerajaan India meramalkan Perang Dunia Ketiga mungkin meletus kerana seekor lembu.

Mahamandleshwar Swami Akhileshwaranand Giri berkata demikian pada mesyuarat majlis eksekutif negeri Madhya Pradesh.

Akhbar Indian Express memetik Giri sebagai berkata, lembu sudah sekian lama menjadi punca ketegangan.

“Perang Dunia Ketiga akan bermula kerana lembu. Banyak rujukan dalam mitologi mengenainya dan perang menuntut kemerdekaan pada 1857 juga bermula kerana lembu,” katanya.

Dia berkata demikian beberapa jam selepas Perdana Menteri, Narendra Modi menggesa pelampau Hindu dan sukarelawan yang melindungi haiwan itu berhenti menyerang golongan kasta rendah atau Dalit.

Serangan pelampau Hindu ke atas peniaga lembu meningkat sejak Modi dari parti kebangsaan Hindu memenangi pilihan raya pada 2014.

Lembu dilihat sebagai haiwan suci dan diumpakan sebagai ibu oleh penganut Hindu dan membunuhnya diharamkan di kebanyakan negeri di India.

Sekurang-kurangnya lima penduduk Islam dibunuh perusuh Hindu tahun lalu kerana dituduh makan daging haiwan itu atau menyeludupnya ke negara jiran. – Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA