Lelaki Toreh Punggung 8 Wanita Diburu Polis


PIHAK polis Jepun kini sedang giat mengesan suspek lelaki yang telah menoreh punggung lapan wanita di sebuah kolam renang awam, Summerland di Tokyo, baru-baru ini.

Kesemua mangsa yang berusia 19 hingga 23 tahun mendakwa suspek berenang di belakang mereka sebelum menoreh punggung mereka menggunakan pisau lipat.

Suspek yang tidak dapat dikenal pasti oleh mangsa kemudiannya berjaya lari meninggalkan tempat kejadian sebaik dia melakukan jenayah tersebut.

Lapan mangsa itu kemudiannya dikejarkan ke beberapa buah hospital bagi mendapat rawatan lanjut berhubung kecederaan yang dialami.

Polis kini sedang menyiasat motif serangan dan bagaimana suspek boleh memasuki taman tema air popular itu dengan senjata tajam.

Taman tema air Summerland sentiasa penuh dengan pengunjung lebih-lebih pada hujung minggu. - MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA