Lelaki Thailand Ditemui Mati Tergantung


LANGKAWI: Seorang lelaki warga Thailand ditemui mati tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan di Kampung Bukit Malut di sini, petang semalam.

Mayat, Adirek Ongsara, 28, yang bekerja sebagai awak-awak bot pukat bilis, ditemui orang ramai tergantung pada dahan pokok di lokasi kejadian kira-kira jam 3.45 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed, berkata sebaik tiba di lokasi sejurus menerima aduan orang ramai, lelaki warga Thailand itu disahkan sudah meninggal dunia.

“Difahamkan, mangsa baharu bekerja sebagai awak-awak bot pukat bilis kira-kira sebulan bersama majikannya sekarang.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA