Lelaki Tegur Pemain Pokemon Go Dibelasah


MICHIGAN: Gara-gara Pokemon Go, seorang lelaki berusia 53 tahun dimasukkan ke hospital selepas dibelasah pemain 20 tahun lebih muda daripadanya. Mangsa yang mengalami pendarahan di belakang kepala di kaki lima di Mount Clemens.

Jurucakap Sherif Macomb, Anthony Wickersham, memberitahu The Macomb Daily, lelaki berkenaan mengaku mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan mengenai permainan popular itu.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa melakukan serangan.

Wickersham tidak mengetahui apa yang sebenarnya beliau katakan mengenai permainan itu, tetapi menyebut "sesuatu mengenai kanak-kanak menjadi robot" apabila bermain di khalayak ramai. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA