Lelaki Ditemui Rentung Dalam Bilik Tidur Rumah PPRT Di Sri Aman


SRI AMAN: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah Projek Perumahan Termiskin (PPRT) Taman Sri Wangi Jalan Kejatau di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira lebih kurang jam 1 pagi tadi mayat mangsa, Yu Lee Ping, 36 ditemui di dalam bilik tidur di rumah berkenaan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman sejurus menerima laporan.

"Setibanya di lokasi kejadian rumah berkenaan sudah 90 peratus terbakar dan api dapat kawal pada jam 2.04 pagi.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui mangsa  rentung di dalam bilik tidur," katanya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA