• Latihan Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

    Published: Thursday, 11 August 2016
    A- A+

    KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) mengadakan latihan menyelamat semalam bagi menilai keberkesanan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dalam menangani kecemasan ketika pesawat mendarat.

    Pengurus Kanan Lapangan Terbang LTAKK, Sunif Naiman berkata latihan dari 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan turut memastikan semua agensi pengeoperasian di lapangan terbang bersedia menangani kecemasan secara berkesan.

    “Menerusi latihan, kami berharap semua tindakan dapat berjalan sempurna dan selamat secara bersepadu. Penyelarasan dan komunikasi antara agensi akan diuji bagi penambahbaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Latihan disertai lebih 800 kakitangan dari pelbagai agensi berkaitan. - bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Latihan Pesawat Terhempas Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu "