Lakukan Terbaik Kepada Negara Dan Bertanggungjawab Kepada Rakyat




Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa beliau percaya pada kepimpinan beliau, pertimbangan beliau berdasarkan kepada mandat yang telah rakyat dan parti telah berikan kepada beliau untuk mentadbir Kerajaan Malaysia hari ini.

Begitulah kenyataan Perdana Menteri dalam satu wawancara bersama stesen television Metro Tv Indonesia yang lepas.

Beliau menyatakan harus melakukan apa yang terbaik untuk negara serta beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan memilih perlu menjadi seorang Perdana menteri yang bertanggungjawab kepada rakyat, membuat apa yang difikirkan terbaik untuk negara dan kesannya beliau mengetahui Tun Mahathir tidak berpuas hati dengan beliau serta sejarah telah membuktikan bahawa Tun Mahathir telah menolak dan membuang ramai pemimpin-pemimpin dalam kerajaan sejak dahulu lagi.

Najib berkata demikian kerana beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang diarah atas dasar peribadi dan beliau lebih memilih kepada sebagai Perdana Menteri yang mempunyai cara pentadbiran sendiri yang berdasarkan mandat yang rakyat beri.

Mengenai 1MDB Najib menjelaskan ia sebenarnya adalah isu perniagaan pada hakikatnya tetapi malangnya telah dijadikan isu politik oleh musuh-musuh. Walau pun berlaku masalah dan kelemahan yang dilakukan tidak selari dengan undang-undang dan sebagainya, biarkan ia sebagai masalah perniagaan dan diteliti dari segi undang-undang. Kerajaan Malaysia yang pertama kali mengambil keputusan untuk disiasat dan kerajaan tubuh PAC (Parlimentery Accaount Commitee) yang terdiri daripada ahli-ahli parti pembangkang dan parti kerajaan dan badan-badan yang lain seperti MACC, Polis, Bank Negara dan sebagainya.

Semuanya telah disiasat oleh pihak yang terbabit tetapi malangnya dijadikan isu politik oleh musuh-musuh tertentu. 1MDB mungkin ada kelemahan tertentu dan Kerajaan telah perbetulkan dengan mengambil tindakan 'Internal Action' untuk menangani masalah dan melantik CEO yang baharu disamping Kementerian Kewangan telah mengambil alih serta jika ada apa-apa yang perlu kerajaan akan ambil tindakan.

Dalam wawancara tersebut Najib sebenarnya lebih mengambil tidakan yang menjurus kepada undang-undang untuk menyelesaikan masalah berkaitan 1MDB dan ia telah membuktikan Najib bertindak rasional dan telus agar rakyat memahami apa yang sebenarnya berlaku dan isu berkenaan adalah 'Politik Gamer' musuh-musuh yang inginkan Najin meletak jawatan walhal 1MDB pada asasnyaadalah satu masalah perniagaan dan hanya dipolitikkan oleh musuh-musuh terbabit.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA