Kuching Marathon 2016, 2 Hari Lagi


KUCHING: Kuching Marathon merupakan acara antarabangsa tahunan yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari perlbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara.

Ia merupakan satu daripada empat acara marathon di Malaysia yang diiktiraf oleh Persatuan Marathon Antarabangsa.

Debaran kian terasa memandangkan perlumbaan akan berlangsung dalam masa dua hari sahaja lagi.

Kelibat peserta dari luar negara yang bakal bersaing sudah kelihatan di bandar raya Kuching. 

Pada tahun ini, 14 Ogos telah dipilih sebagai tarikh penganjuran Kuching Marathon 2016. Empat kategori larian akan dipertandingkan iaitu kategori 42 km, 21 km, 10 km dan 5 km.

Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, peningkatan penyertaan daripada penduduk tempatan terus meningkat.  Ini jelas menunjukkan penerimaan positif masyarakat terhadap kempen gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh kerajaan.

Sebagai promosi tidak langsung terhadap sektor pelancongan, pihak penganjur telah memilih laluan terbaik agar pelumba dapat menikmati pemandangan terbaik bandar raya Kuching ketika pertandingan berlangsung. - Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA