Kuarters Sekolah Musnah Terbakar


KANOWIT -  Sebuah kuarters guru SMK Durin musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.50 pagi itu.

Sejurus menerima panggilan sekitar jam 4.54 pagi, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit bergegas ke lokasi kejadian.

Jurucakap bomba, setibanya dilokasi kejadian, sebuah kuarters guru sekolah berstruktur separuh kekal setingkat terbakar.

"Kebakaran berjaya dipadam oleh anggota dengan menggunakan satu aliran hos 100 kaki satu nozel dengan sumber ali pili bomba berhampiran dan satu aliran salur bantu pam jentera bomba," katanya.

Punca kejadian masih disiasat. -Sarawakiana.




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA